Create your own banner at mybannermaker.com!

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit


Resam hidup berkeluarga pasti ada pasang dan surutnya. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula 14 pelajar yang baru saja membiasakan diri hidup bersama. Apatah lagi dengan tekanan di Akademi Fantasia, pelbagai konflik akan muncul tanpa diduga. Begitulah yang dapat ditonton dalam Diari Akademi Fantasia di Astro Ria (Saluran 104) sebentar tadi. Mujur segalanya sudah selesai. Namun, lebih elok sekiranya penonton diberi peluang untuk membaca luahan hati pelajar itu sendiri. Maka sebab itu, Blog Pelajar diwujudkan di ruangan pelajar di laman web ini memaparkan luahan hati dan diari kehidupan harian pelajar AF7.Kini segalanya sudah selesai. Kehidupan 14 pelajar itu sudah kembali seperti sedia kala. Untuk mengikuti luahan perasaan mereka, lawati dan baca Blog Pelajar di ruangan pelajar di laman web ini.

No comments: