Create your own banner at mybannermaker.com!

Konsert Ketiga Malam Ini

Konsert Ketiga Malam Ini


Berdasarkan Diari Akademi Fantasia yang telah disiarkan, beberapa transformasi akan dilakukan pada Konsert Akademi Fantasia minggu ketiga ini berbanding konsert-konsert sebelumnya. Termasuklah lagu tugasan yang diberikan dan juga lagu Menuju Puncak versi acapella. Jadi jangan ketinggalan menonton konsert kedua Akademi Fantasia 7 di Astro Ria (Saluran 104), jam 9.00 malam ini.

Berdasarkan markah yang telah diberikan oleh tenaga pengajar dan kedudukan pelajar dalam carta pengetua sepanjang sesi latihan dapat dirumuskan bahawa sebahagian pelajar telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sekaligus menunjukkan kesediaan mereka menjelang konsert ketiga malam ini.

Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan masih ada pelajar yang belum mencapai tahap yang diinginkan sekaligus membuktikan bahawa mereka masih belum bersedia untuk memberikan persembahan yang terbaik setakat ini.Namun masih belum terlambat untuk memperbaikinya sebelum bermulanya konsert ketiga malam ini. Sama-sama kita nantikan transformasi di dalam persembahan pelajar malam ini.

Berikut adalah markah yang telah diberikan oleh tenaga pengajar:

ARIL 8
HAFIZ 7
ISMA 7
ZIZI 6
QHAUD 6
AKIM 5
OBRI 4
RINI 4
CLAUDIA 4
AISHAH 3
YAZID 3
SIDI 2
RUBISA 2

Berikut adalah kedudukan peserta berdasarkan Carta Pengetua AF7:

HAFIZ 1
ARIL 2
AISHAH 3
RUBISA 4
QHAUD 5
ZIZI 6
ISMA 7
CLAUDIA 8
RINI 9
YAZID 10
AKIM 11
SIDI 12
OBRI 13

Adakah penilaian yang diberikan oleh tenaga pengajar & pengetua menyamai penilaian yang akan diberikan oleh para pengkritik? Apakah transformasi yang akan dilakukan pada konsert ketiga Akademi Fantasia 7? Siapakah pula pelajar yang akan disingkir keluar sekaligus mengikuti jejak Adila? Segalanya akan terjawab jam 9.00 malam ini semestinya hanya di Astro Ria (Saluran 104)! Jangan lupa teruskan AFUNDI pelajar kegemaran anda!

No comments: