Create your own banner at mybannermaker.com!

Dua Penyingkiran Di Konsert Ketiga

Dua Penyingkiran Di Konsert Ketiga



Sudah ditakdirkan perjuangan Rini & Obri terpaksa berhenti setakat ini sahaja. Kedua-dua mereka telah diumumkan sebagai dua peserta yang terpaksa meninggalkan pentas Akademi Fantasia setelah undian penonton tidak menyebelahi mereka sebentar tadi yang disiarkan menerusi Astro Ria (saluran 104) sebentar tadi.

Obri yang mendendangkan lagu Abang Becha nyanyian asal oleh Broery Marantika gagal menarik perhatian para pengkritik berdasarkan kritikan yang telah diberikan. Ini sekaligus menyebabkan Obri gagal meraih undian para penonton malam ini sekaligus meletakkanya di kedudukan terendah menyamai kedudukannya dalam carta pengetua.

Berbeza dengan Rini yang berada di kedudukan ke sembilan di dalam carta pengetua gagal mengekalkan kedudukannya apabila mendapat undian terendah walaupun telah berjaya menyampaikan persembahan yang menghiburkan yang turut mendapat kritikan positif daripada para pengkritik.

Berikut adalah kedudukan pelajar sebelum dan selepas konsert.

Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:

PELAJAR PERATUSAN (%)
ISMA 22
HAFIZ 9
ARIL 8
RUBISA 7
AISHAH 7
ZIZI 6
CLAUDIA 6
AKIM 6
YAZID 6
QHAUD 6
OBRI 6
RINI 5
SIDI 5

Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

PELAJAR PERATUSAN (%)
ISMA 16
HAFIZ 13
AISHAH 8
ARIL 7
AKIM 7
CLAUDIA 7
ZIZI 7
QHAUD 7
RUBISA 6
SIDI 6
YAZID 6
RINI 6
OBRI 5

Dengan penyingkiran Rini & Obri sebentar tadi ini bermakna, tinggal 11 pelajar yang masih kekal dalam pengajian di Akademi Fantasia musim ke-7. Teruskan menonton suka duka pelajar-pelajar Akademi Fantasia 7 di Astro Ria (Saluran 104) dan teruskan mengundi pelajar kegemaran anda!

No comments: