Create your own banner at mybannermaker.com!

Guna Peluang


Mengetepikan segala dugaan dan tekanan, Hafiz merupakan antara pelajar yang menggunakan peluang semaksima mungkin sewaktu di Akademi. Selain itu, buat pertama kalinya anda akan dapat mengetahui kedudukan undian terkini para pelajar.

Semuanya akan dapat anda tonton dalam Diari Akademi Fantasia jam 9.00 malam ini. Pada masa yang lain, Yazid dan Aril sempat meluangkan masa bergurau senda di Akademi sewaktu masa terluang.
Aril sempat mengusik Yazid kerana ditewaskan Akim sewaktu melakukan cabaran mencipta lagu untuk Modenas dan berputih mata untuk memenangi motosikal Modenas Passion 125 Sports

Paling menarik pastinya untuk menonton gelagat para pelajar bersaing dalam cabaran mencari harta karun di dalam akademi. Tentulah hadiah ‘istimewa’ bakal menanti mereka.

Semuanya akan dapat anda tonton dalam Diari Akademi Fantasia, jam 9.00 malam ini, pastinya di Astro Ria (Saluran 104)



Kredit berita kepada astro.

No comments: