Berdasarkan sesi rehersal yang dijalankan malam tadi, kebanyakan pelajar nampaknya semakin serasi bersama pasangan duet masing-masing. Namun, masih juga terdapat pelajar memerlukan lebih masa untuk latihan bersama. Jadi, jangan ketinggalan menonton konsert kedua Akademi Fantasia 7 di Astro Ria (Saluran 104), jam 9.00 malam iniBerikut adalah perkembangan pelajar setakat malam tadi
YAZID & Yazer - Terharu (Jamal Abdillah & Mawi)
Peningkatan yang sangat memberangsangkan oleh Yazid. Dia kelihatan semakin yakin dan berani di atas pentas. Keserasian juga ditunjukkan oleh mereka berdua. Persembahan yang agak seimbang
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA
ARIL & Marsha - Aku Dan Dirimu (Ari Lasso & Bunga Citra Lestari)
Penghayatan yang bagus diberikan oleh Aril dan disambut oleh Marsha dengan baik sekali. Ada peningkatan dari segi vokal oleh Aril namun keserasian dengan Marsha perlu diperbaiki
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA
QHAUD & Heliza - Dibius Cinta (Yusry & Melly Goeslow)
Nyanyian Qhaud sedikit sumbang tetapi sebutannya jelas dan boleh didengar. Penghayatan agak menarik tetapi boleh lebih diperbaiki. Belum nampak keserasian antara mereka berdua
PERKEMBANGAN: HAMPIR BERSEDIASIDI & Zahid - Cinta Yang Sempurna (6ixth Sense & Noe Letto)
Peningkatan yang baik oleh Sidi dari aspek nyanyian. Namun, penghayatan kurang konsisten. Dia perlu mengekalkan fokus lagu ini yang ditujukan kepada Yang Maha Esa. Belum nampak keserasian mereka berdua menyanyikan lagu ini
PERKEMBANGAN: HAMPIR BERSEDIAHAFIZ & Mila - Terlanjur Cinta (Rossa & Pasha Ungu)Seperti biasa, Hafiz sentiasa menunjukkan persembahan terbaik. Dia benar-benar sudah berada di kelasnya yang tersediri, Namun, aspek lakonan yang ditunjukkan perlu sedikit diperbaiki untuk lebih natural. Tapi, sangat serasi
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA
AKIM & Farah - Jika Kau Tiada (Erra Fazira & Yusry)
Akim kelihatan sangat berani beraksi di pentas. Dipasangkan dengan Farah untuk lagu ini menonjolkan lagi karektor Akim yang sememangnya lincah di atas pentas. tariannya ada peningkatan, tetapi boleh dipertingkatkan
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA
CLAUDIA & Vince - Kau Muzik Di Hatiku (Jacyln Victor & Vince)
Tidak tahu di mana silapnya, vokal Claudia agak sumbang malam ini. Mungkin kerana terlalu teruja berduet dengan Vince. Namun, persembahan pentasnya seperti biasa, kemas dan dirancang dengan baik. Ada keserasian bersama
PERKEMBANGAN: HAMPIR BERSEDIAAISHAH & Vince - Dua Hati Menjadi Satu (Gita Gutawa & Dafi)Penghayatan yang sangat baik. Vokal Aishah juga dilontarkan dengan kemas. Walaupun pasangannya belum bersedia sepenuhnya, tidak mengganggu konsentrasi Aishah ketika melakukan persembahan. Namun, keserasian masih belum ada
PERKEMBANGAN: HAMPIR BERSEDIAISMA & Zahid - Kau Mawarku (Siti Nurhaliza & 2 By 2)
Penghayatan dan nyanyian Isma masih boleh dipertingkatkan, namun keserasian dengan Zahid belum lagi ditunjukkan. Ada ketika mereka bagaikan tidak menyanyi pada pentas yang sama.
PERKEMBANGAN: HAMPIR BERSEDIA
LAGU BONUSLucky (Jason Mraz/ Colbie Caillat)PERKEMBANGAN: HAMPIR BERSEDiA
Kita sudah berada di pertengahan Akademi Fantasia 7. Sudah bertransformasikah pelajar-pelajar ini? Siapakah pula pelajar seterusnya yang terpaksa meninggalkan AF7? Segalanya terjawab malam ini di Astro Ria (Saluran 104) jam 9.00 malam ini!Teruskan AFUNDI pelajar kegemaran anda!
Kredit berita kepada Serasi Bersama (Astro)
No comments:
Post a Comment