Create your own banner at mybannermaker.com!

Kes lafaz cerai Roslin-Faizah selesai, pengesahan 12 Mei

PETALING JAYA: Kes lafaz cerai jaguh badminton negara Muhammad Roslin Hashim, 34, dengan isterinya, Faizah Mohamad, 32 di Mahkamah Rendah Syariah di sini telah selesai dan menunggu pengesahan lafaz cerai itu pada 12 Mei depan.

Justeru, permohonan injuksi yang dibuat oleh Roslin terhadap Faizah pada 13 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah ditarik balik hari ini oleh peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakili Roslin.


Kedua-dua keputusan mahkamah itu disahkan oleh peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakili Roslin, peguam syarie Musa Awang yang mewakili Faizah termasuk Faizah sendiri.

Permohonan itu dibuat bagi menghalang responden iaitu Faizah dan abangnya, Zulkifli Musa daripada mengeluarkan sebarang kenyataan kepada mana-mana media yang boleh menjejaskan reputasi dan memprejudiskan kes.

Perkahwinan Roslin dan Faizah yang berlangsung pada 30 Januari lalu telah menimbulkan kontroversi apabila Roslin mengaku melafazkan cerai terhadap isterinya selepas 12 hari mereka bernikah.

Berikutan itu, Faizah telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini manakala Roslin juga berbuat demikian di Mahkamah Rendah Syariah di sini.



Kredit berita kepada mstar.

No comments: