Create your own banner at mybannermaker.com!

Pelajar Sudah Bersedia


Berdasarkan sesi rehersal yang dijalankan malam tadi, beberapa transformasi dilakukan berbanding konsert pertama minggu lepas. Baik persembahan 14 pelajar, set pentas mahupun suntikan elemen tradisi Akademi Fantasia.

Berikut adalah perkembangan pelajar setakat malam tadi :

YAZID – Lelaki Ini (Anuar Zain) + Fikirlah (Aizat)
Nota pertama untuk lagu Lelaki Ini agak sumbang.
Penghayatan masih tidak diberikan sepenuhnya. Penghayatan hanya datang dipertengahan persembahan
Perkembangan: HAMPIR BERSEDIA

ARIL – Benar-Benar (Adam) + Robot (Adam)
Tiada masalah pada lagu Robot. Namun untuk lagu Benar-Benar agak sumbang. Kini, dia perlu mengekalkan persembahan Robot, tetap lebih focus untuk Robot
Perkembangan: SUDAH BERSEDIA

QHAUD – Bila Nak Saksi (Spider) + Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)
Persembahan pentas agak bagus. Namun banyak masalah dalam nyanyian. Penghayatan kurang dan perlu memberi fokus kepada lagu Laguku Untukmu
Perkembangan: BELUM BERSEDIA

SIDI – Selamat Ulang Tahun Sayang (Imran Ajmain) + Kukoo (Ferhad) Permulaan yang lembab dan menyanyi seperti orang mengantuk. Perlu lebih fokus untuk penghayatan lagu pertama dan pergerakan lagu kedua
Perkembangan: BELUM BERSEDIA

OBRI – Akan Tiba (Aliff) + Ada Untukmu (Nubhan)
Persembahan yang agak bertenaga, perlu mengekalkan kejujuran dalam persembahan. Ada peningkatan daripada minggu lepas
Perkembangan: SUDAH BERSEDIA

HAFIZ – Cinta Ini Membunuhku (D-Masiv) + Toyol (Aznil)
Ada peningkatan daripada persembahan yang ditunjukkan di Akademi. Nampak kejujuran dalam nyanyian. Cuma perlu lebih fokus pada lagu Toyol
Perkembangan: SUDAH BERSEDIA

AKIM – Satu (Dewa 19) + Buronan Cinta (The Lima)
Bertenaga dan sudah berani untuk melakukan pergerakan. Mula selesa di pentas. Cuma penghayatan lagu Satu seperti sedang marah dan ekspresi sama untuk kedua-dua lagu
Perkembangan: SUDAH BERSEDIA

RUBISA – Dingin (Ziana Zain) + Gagap (Stacy)
Penghayatan dan pergerakan kurang untuk lagu Gagp. Perlu menambah penceritaan dalam lagu Dingin
Perkembangan: HAMPIR BERSEDIA

CLAUDIA – Kumahu (Siti Nurhaliza) + Wanita (Siti Nurhaliza)
Sudah konsisten tetapi perlu lebih menghayati bait lirik lagu Wanita dengan lebih baik. Bagi lebih perhatian kepada penonton
Perkembangan: SUDAH BERSEDIA

ADILA – Merawat Luka Terpendam (Liza Hanim) + Asyik (Amelina)
Ada peningkatan dalam penghayatan lagu. Cuma pergerakan perlu diperbetul agar lebih sopan untuk tontonan umum
Perkembangan: SUDAH BERSEDIA

AISHAH – Coba (Faizal Tahir) + Gila (Mila)
Persembahan yang menarik untuk lagu Coba. Tapi penghayatan dan pergerakan agak tidak menarik untuk lagu Gila
Perkembangan: SUDAH BERSEDIA

ZIZI – Sembilu (Ella) + Wonder Women (Mulan Jameela)
Kadangkala suara tenggelam dengan muzik. Penghayatan perlu ditambah kepada lagu Wonder Women.
Perkembangan: SUDAH BERSEDIA

RINI – Aku Sindarela (Amylea) + Kiblatku (Hazami)
Ada potensi untuk menyerlah. Permulaan nyanyian yang baik tetapi tidak konsisten. Penghayatan perlu dikekalkan sepanjang persembahan
Perkembangan: SUDAH BERSEDIA

ISMA – Jat Da Da Da (Dia Fadilla) + Hello (Farah Asyikin)
Penghayatan dan pergerakan yang baik tetapi perlu lebih diperkemas. Persembahan keseluruhan yang menarik tetapi perlu lebih berinteraksi
Penghayatan: SUDAH BERSEDIA

Apakah akan berlaku transformasi pada konsert kedua Akademi Fantasia 7? Siapakah pula pelajar pertama yang akan disingkir keluar?

No comments: