Konflik tercetus di Akademi! Bukan sekadar provokasi mahupun drama yang dirancang, tetapi kali ini benar-benar dihadapi oleh pelajar. Siapakah yang mencetuskan masalah ini? Semuanya akan dapat anda tonton dalam Diari Akademi Fantasia jam 9 malam ini. Rubisa dan Zizi pula terpaksa di bawa ke klinik kerana mengalami masalah kesihatan. Rubisa mungkinlah kerana masalah tekak yang masih belum sembuh.Tetapi bukankah Zizi kelihatan sihat sebelum ini? Apakah pula nasihat doktor kepada dua pelajar ini? Paling menarik apabila melihat Cikgu Siti Hajar didera oleh para pelajar. Kalau sebelum ini pelajar dibebani jadual tugasan dan aktiviti yang padat, adakah mereka kini ingin membalasnya kepada tenaga pengajar?
No comments:
Post a Comment