Create your own banner at mybannermaker.com!

Format Rancangan

Setiap musim Akademi Fantasia terdapat 10 konsert termasuk minggu akhir(kecuali Akademi Fantasia Musim Pertama iaitu hanya terdapat 9 konsert) dan bermula dengan 12-16 peserta yang dipanggil pelajar. Walau bagaimanapun, pada Musim 3 dan Musim 4, konsert prelude telah diadakan bagi menentukan pelajar yang berkelayakan. Setelah pelajar-pelajar siap dipilih, mereka akan mendiami di sebuah rumah yang dipanggil Akademi. Para pelajar akan menghabiskan sepenuh masa mereka dengan berlatih menyanyikan lagu tugasan, berlakon, dan menari, dan juga aktiviti lain yang berkaitan dengan seni persembahan selama 10 minggu di dalam Akademi. Kelas-kelas tersebut akan dikendalikan oleh tenaga pengajar yang bertauliah (yang dipanggil 'cikgu'), yang mana mereka sememangnya telah diiktiraf menerusi kareer mereka dalam industri hiburan. Diari Akademi Fantasia bersiaran pada setiap hari yang memaparkan aktiviti pelajar di akademi. Akademi ini akan diketuai oleh seorang pengetua, yang bersilih-ganti setiap tahun. Walaupun demikian, pada Akademi Fantasia Musim 6, akademi ini diketuai oleh Ramli M.S., yang pernah menjadi pengetua Akademi Fantasia Musim 2.

Sistem penjurian ditentukan sepenuhnya oleh penonton melalui undian SMS dan undian dekoder Astro (pelanggan Astro perlu menyambungkan dekoder mereka dengan sambungan wayar telefon untuk menghantar undian). Pelajar yang menerima undian terendah akan disingkirkan selepas tamat konsert atau selepas pengumuman undian ditutup. Meskipun begitu, terdapat kejutan luar biasa ke atas penyingkiran pelajar yang melibatkan dua pelajar dan tiga pelajar sekaligus, atau tiada penyingkiran dibuat mengikut keputusan krew penerbitan. Bagi Akademi Fantasia Musim 6, pengkritik tetap terkini termasuk penyanyi, pelakon, dan pengacara Fauziah Ahmad Daud dan penyanyi Ning Baizura. Pengkritik dan kakitangan sebelumnya termasuk kakitangan stesen radio nombor satu Malaysia Era FM iaitu Kudsia Kahar, pelakon Adlin Aman Ramlie, penyanyi rock-ballad Hattan, dan juga model terkenal dan penyanyi Fauziah Latiff. Aznil Nawawi, yang pernah mengacarakan rancangan ini bagi 5 musim sebelumnya, menarik diri sebagai pengacara TV ketika penghujung rancangan Musim 5 atas sebab konflik jadual kerja. Beliau digantikan oleh AC Mizal, pelakon sensasi dan pengacara.

Rancangan ini melakar sejarah pada Musim 5 yang menyaksikan Norsyarmilla Jirin diberikan takhta sebagai juara wanita pertama, memecah dominasi juara lelaki pada empat musim sebelumnya. Namun demikian, ia kemudian disusuli menerusi kejuaraan juara wanita kedua iaitu Stracie Angie Anam pada Musim 6.

No comments: